Kelas Ict Bersama Tabika Kemas

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2018, Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 menerima kunjungan daripada Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Kelas ini bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pembelajaran kali ini, adik-adik belajar "Kenali Malaysia". Terdapat juga aktiviti nyanyian kemerdakaan serta aktiviti menari dan menyanyi bersama Didi & Friends. Sempena bulan Kemerdekaan ini, Pusat Ekonomi Digital juga membuat aktiviti Kolaj Logo Kemerdekaan bersama adik-adik tabika KEMAS. Pelbagai ragam adik-adik tabika semasa membuat kolaj. Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya menyiapkan lukisan kolaj dan semoga adik-adik semua seronok belajar ICT dan menjadi Celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali